Perutusan Pengarah Kolej Komuniti Tasek Gelugor

staf-hj-wan-khairul-faizi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya diatas usaha dan komitmen seluruh warga kolej, sekali lagi Portal Rasmi Kolej Komuniti Tasek Gelugor muncul menjadi salah satu medium perhubungan untuk semua. Sejajar dengan usaha yang berterusan untuk membangunkan Kolej Komuniti sebagai institusi latihan dan pembelajaran yang berasaskan ilmu.

Sebagai sebuah institusi latihan dan pembelajaran yang berperanan dalam membangunkan modal insan di sektor awam, Kolej Komuniti Tasek Gelugor komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan program-program latihan dapat disampaikan kepada golongan sasaran dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuh dan memperkasakan lagi pengendalian program-program latihan di Kolej Komuniti.

Disamping itu, adalah diharapkan portal ini akan dapat memberikan pelbagai maklumat yang dikehendaki terutamanya mengenai kursus-kursus kemahiran dan keperluan latihan melalui kursus-kursus pendek anjuran Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Program Satu Malaysia.

Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada Unit ICT dan pasukan Portal Rasmi kolej kerana telah berjaya menghasilkan portal rasmi Kolej Komuniti Tasek Gelugor pada tahun ini dengan jayanya. Adalah diharapkan agar portal ini menjadi saluran dan media maklumat terkini yang menjadi akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan dengan Kolej Komuniti.

Salam Hormat, Salam Satu Malaysia.

Haji Wan Khairul Faizi Bin Haji Wan Mahmud
Pengarah
Kolej Komuniti Tasek Gelugor